Rumah Titian Kaseh ("RTK") ditubuhkan pada tahun 1998 dan ia merupakan sebuah penempatan sementara bertujuan memberikan perlindungan bagi golongan-golongan memerlukan seperti berikut:
1) Anak-anak yatim atau terbiar
2) Warga tua
3) Orang kelainan upaya
4) Ibu tunggal
5) Lain-lain yang memerlukan tempat perlindungan sementara
Setakat hari ini, Rumah Titian Kaseh dihuni oleh 130 orang yang terdiri daripada kumpulan-kumpulan yang tersebut di atas.
Mana-mana pihak yang ingin mengetahui lebih lanjut pecahan bilangan penghuni di Rumah Titian Kaseh dinasihatkan untuk datang ke pejabat pengurusan.
Misi : Membantu untuk meningkatkan dan memulihkan kualiti hidup
penghuni-penghuni hingga mereka dapat berdikari di atas kaki sendiri.
Alamat : No.15, Jalan Persiaran Titiwangsa,Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, Malaysia
Bantuan/derma ikhlas boleh disalurkan ke Bank Muamalat Malaysia Berhad
di akaun no 1404002396718 atau AM Islamic Bank di akaun no 8881001800755
atas nama Pusat Jagaan Titian Kaseh.